Sunday, 20 April 2014

Selamat tinggal Mr. J

La revedere Jahiliyyah campur tambah + plus Ghazwul fikr~

oke tenang...ana jelaskan di sini bahawa La revedere xde dalam kamus dewan dan pustaka yer.. so, google la pakcik google. ekeke. oke. perkataan tu asalnya dari Rom.  (seyes balik, mcam lect ngajar kat depan..huhu)

selesai merepek merabu meraban... ana nak cerita halnya pogem ini lah..

start pogem malam sabtu..dan peserta nya hanyalah beberpa org..dan kami ajk lah yang meramaikan tu..nampak tak sedihnya tu? tapi kami amik ibrahnya lah bahawasanya Allah mungkin nak uji kami...

kami start pogem kire2 lepas maghrib la.. ayong bg tazkirah maghrib.. then beliau share lah ayat al-quran (2:246-251) pasal tapisan2 yang Allah dah buat. pada mulanya rasa mcm xnak terima sebabnye ana x sggup Allah buat tapisan kat kawan2 ana yg ana ajak dorg join pogem tu...tp bersangka baik pada Allah sebab Allah lg baik perancanganNya.. "Wa makaru wa makarallah..Wallahu khairulmakirin" 

dan setelah keesokan harinya iaitu hari kedua...Alhamdulillah Allah takdirkan kawan ana dtg.. :) gembiranya hanya Allah yang tahu.. sbb ana nak kawan2 ana tahu..apa itu tarbiah..ape itu islam.. dimana kebaikan yang sebenar.. :) dan Alhamdulillah..melalui taujihat dari kak ani n Dayang.. Allah kurniakan kefahaman untuk kami lebih memahami apa itu jahiliyyah n ghazwul fikr. 

Walaupun pogem ni tuk hadek2 tp scra x lgsung untuk kami jgk.. supaya lebih paham dgn mendalam. :)

after da abes taujihat dr kak ani n Dayang..perasaan tu macamm... ntah la.. 

nak paham? oke.. baca bait2 rangkap ni.. semoga dpt gambarkan perasaan ana.

Ketahuilah antunna..
jika ditanya apa perasaan ana sekarang..
sumpah ana benci!
benci pada dunia yang terlalu byk menipu ana..

kecewa tu berlipat kali ganda lagi pada diri ana sendiri kerana membiarkan diri ana diperbodohkan..
diperkotak-katikkan..

tapi, sampai bila ana nak menyalahkan dunia semata?

Kenapa ana xnak salahkan diri ana sendiri?

detik ini, ana ingin berubah, membuang segala kotoran demi 
mencari keredhaan Allah... doakan.

kerana di hujung penantian sana..akhirat menunggu 
ana mampu mengatakan ada syurga dan neraka..
dan pilihan ana adalah syurga!



tarbiah itu osem.. kenal Allah itu osem.. kenapa antum xnak rasa keoseman ni? manusia itu fitrahnya baik..jgn nafikan hak diri kita.. oke eberibadi?

selamat bermujahadah. <3

*happy dpt love note dr kesayangan. hihi








Monday, 14 April 2014

List to Do


New List matlamat hidup.

 Mengajak kearah kebaikan dengan insan yang disayang kerana Allah.
Sahabat Dunia Akhirat... dari darjah 1 sampai form 6 stpm.
InsyaAllah kita saling mengingat. Aku ingatkan kau...Kau ingatkan aku... kita fastabiqul khairat. :)
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya, agar kamu beruntung."5:35
Kerna mati tidak menunggu perubahan.!!
oke. jom gerak! infiru!
date jumaat. senyum.



Sinar baru

Yeayyyy..... ops! Alhamdulillah.

Alhamdulillah...Alhamdulillah.Alhamdulillah... Bersyukurnya Ya Allah.. kau uji aku padi td dgn midterm dan ptgnyer kau hiburkan hati aku dgn hadirnya insan yang sedang mencari cahayaMu... InsyaAllah, tanggungjawab ini akan aku galas agar nanti pabila dihadapanMu aku mampu tuk berkata kata... :(

New Entry for New Beginning... <3

ukhti kepok ikang tambang.

Saturday, 2 March 2013

mereka? saya :(

assalamualaikum... oh! new post..
tergerak hati nak tulis balik..
mungkinkah disebabkan ketiadaan teman bicara sudah...
huhuhu...
mereka bahagia tanpa keHADIRan sayer...

hahahha... ko sorang je, xde org nak ajk ko kuar eh?
ehh...xlah.. dorang mgkin tkut awak bz jer hurul ain.. jgn pk negatif yer..
adat berkawan biase la tu...ade pahit manisnyer...
dah! jgn pendam dlm ati sgt bnda2 mcm ni..

T.T
tp...
seyesly sgt sedih bile i know they are hanging out togther without i know or they tell me earlier..
yess! hati remuk redam! terima kasih! sebab i know they hanging out pon drpd org lain.. not them tell me later..
hati..... dah la menangis... let it be..
oh!! post di fb lagi2 membuatkan sayer sgt terase hati..

sayer x paham kdg2...
sayer ni kwn baik mereka KAH??

saya xde pon dorang x kesah kot..
yess...dulu pon dorang da rapat seblm sayer masuk dlm hubungan rapat dorang..
salah sayer jgk kot kan...

arghhhh! xnak pk dah...

biar je lah ape yg jadi pon..
hati biar keras...
mata dah! sudah la bagi air masin free tu kuar...
penat otak!

Tuesday, 12 June 2012

akhawat tercinta

Assalamualaikum...


sem 4 sedang melabuhkan tirai..
sem 5 bakal melunjurkan kakinya..

pada sem ini,
byk halangan, kegembiraan dan kasih sayang yang alang dapat dr akhawat semua..
terima kasih kerana sudi menyayangi diri ini walau sebentar cuma.
kita masih boleh bergelak ketawa bersama.. itu yg menggembirakan alang..
namun kdg2 tak selalunya kegembiraan itu milik kita akhawat sumer...
kerana kdg2 Allah ingin menguji hati kita..
kuatkah? mampukah? 

ternyata kita sgt lemah untuk menerima ujian dlm hubungan ini..
hya kerana sedikit duri yg tertikam dging itu.. bisanya amat pedih kan akhawat?

walaupun begitu.. kita masih cuba untuk mgembalikan perasaan seperti dahulu kan???
ya.... alang harap sgt mcm tu..
sungguhhh... alang rindu gelak tawa yg jujur itu.
pesanan bila sdg bersedih..
pesanan bila bhgia..

Ya Allah... alang rindu semua itu.. along...angah...achik..adeq..
:(



untuk akhawat usrah,
terima kasih juga kerana sudi menunjukkan jalan yg pastinya sgt bersinar..
tahukah akhawat sekalian?
hubungan kita semestinya hubungan yang diredhai dan diberkati oleh-Nya..
kerana kita bersama untuk mencari cinta-NYA..
bersama akhawat juga kiamat itu seperti terbayang2..
alang tidak terleka dgn duniawi..
ilmu agama alang dapat..
sungguh... alang rindu bulatan bahagia itu ---> usrah

ukhwahfillah ya akhawat <3 <3 <3
semoga ketemu di syurgaNya..
ameeeeen....





sem akan datang,

alang tahu alang akan sibuk mengalahkan semut mencari rezeki di pagi hari..
alang tahu alang akan tension mcm manusia di dalam pejabat perdana menteri..
alang tahu alang akan selalu jdikan menu makan tghri + mlm+ tgh mlm alang "meggi"..
alang tahu alang akan byk menangis..
alang tahu alang akan byk mengeluh..mengadu..
alang tahu alang tak kuat..
alang tahu alang sgt lemah..
tapi alang tahu alang ade akhawat semua..
alang tahu ALLLAH sayangkan alang :))
itu alang tahu..

salam sayang dari alang untuk akhawat alang yang dirindui, dicintai dan semestinya disayangi..


p/s: maafkan alang andai diri alang selalu menjadi beban untuk akhawat semua.















uhibbukafillah <3
nur shahira ngah @ hurul ain

Friday, 8 June 2012

andai itu yang terakhir :(

salamun alaik... buat semua blogger yg dirahmati oleh-Nya.
mudah mudahan.. ameennn..

alhamdulillah... tergerak hati alang nak meng-updet new entry ari ni..
semoga itu yang terbaik untuk alang..
usai solat dhuha td alang terpikir...
 mgkin ini adalah solat yang terakhir bt diri alang. apekah alang sudah cukupkan amalan alang selama ini?
semua alang pikir.. dosa2 alang.. kat ma.. abah.. abang.. kakak..adik beradik.. kat sahabat2 alang upsi ni.. rasanya terlalu byk salah silap alang kat mereka..
alang tahu alang byk bt silap..
mgkin ade seseorang yg selalu update blog alang n adik..
alang mintak maaf.. mgkin selama ini alang bkan lah seorang adik yang sempurna untuk seorang akhi ..
terlalu byk kehilafan yang mgkin alang buat tnpa alang sdari..
ampunkan alang andai Ilahi menjemput alang tanpa alang sempat memohon maaf dengan akhi.  
rindu untuk alang mendengar sebutan " Ya habibi Hurul ain "
mgkin sudah tak ada maknanya lg pda akhi..

ya... alang cuba lupakan semua bila alang berhampiran dengan akhi..
alang tak tahu kenapa begitu sukar untuk akhi senyum secebis cuma untuk alang..
terlalu bykkah dosa alang dengan akhi??
akhi... ingatlah... alang cuma manusia biasa yang x lepas dari kekhilafan.. alang bukanlah malaikat...
yang bersih dari segala noda..

maafkan alang...

bila alang teringat pd akhi dan akhawat yang lain..
alang minta pada Allah agar kembalikan hubungan kita seperti dahulu..
dan tetapkan hati2 kita seperti Allah jaga hubungan Rasulullah s.a.w dan para sahabat..
mereka sentiasa bersama dalam apa jua dugaan Allah berikan..
namun kita? 
mgkinkah doa alang akan termakbul?

hanya berharap padaMu ya Allah..

Ya Allah... sebelum Engkau mengambil nyawaku.. biarlah aku menuju kepadaMu dgn kemaafan dan redha dari semua...

Ya Allah..
Matikan lah aku dengan iman... hidupkanlah aku dengan iman... masukkanlah aku kedalam syurga dengan iman... 



semoga hubungan ini akan kekal hingga ke syurga..
insyaAllah..

tariklah alang andai selangkah lagi kaki alang ke neraka. 





kisah untuk alang kongsikan 


 satu kisah mengenai serang hamba Allah yang masuk syurga kerana bulu matanya...
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. 
“Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. 
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Maka ia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.” 
“Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, “Saya yang memandangi.” Disusul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.” Bibir mengaku, “Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang menghisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut.”
"Nah! Kalau aku biarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. 

Orang tersebut tidak dapat membantah lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, dia merasa bahawa dia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”
“Silakan”, kata malaikat. “Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Maka dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: “Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan sehelai bulu mata.”

Ya Allah, hanya kerana sehelai bulu matanya yang dibasahi air mata keinsafan, hamba itu boleh masuk ke syurgaMu.
Maka aku yakin, Engkau juga pasti memandang air mata ku yang mengalir ini...
Aku tidak ragu dan sangsi dengan Mu Ya Allah...
Aku yakin Engkau pasti menerima taubat ku Ya Allah...

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya Allah membuka tanganNya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada siang hari bertaubat dan Dia membuka tanganNya di siang hari supaya yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat. 
(Riwayat Muslim).


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seorang yang kehilangan bekal bersama untanya di sebuah padang yang tandus kemudian dia mendapatkannya kembali unta itu. 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


 



inginkan JannahMu ya Allah <3
nur shahira 
hurul ain






assalamuaalaikum...



Wednesday, 30 May 2012

Lukisan Rindu



Alhamdulillah...
terasa ringan sedikit beban yang sebelum ini tergalas..
hari ini alang terbaca blog seseorang yang konsepnya sgt islamik..
tenang membaca.. banyak ilmu yang alang dapat..luas pemandangan dirasakan..



sehingga detik ini, alang masih lg belajar sesuatu yang baru untuk menjejaki cinta-Nya dan Kekasih-Nya..

Ya Allah... Ya Rasulullah..
terkadang rindu padaMU ya Allah... Ya Rasulullah..




Tajuk Nasyid : Lukisan Rindu
Artis : Are-Buddy
Album : Kalimah Warisan


Pada tangisan atau jua pada air mata
Hadir rasa yang tak bisa ku lari dari nya
Lukisan rindu yang terlakar di wajah ku
Hadir dari hati yang di himpit perasaan
Dirimu ku rindu oh kekasih Allah
Walau kita tak pernah bersua
Mengalir mutiara suci di pipi ku
Sambil di bibirku berselawat mengingati mu
Kerinduan bertamu tak bisa lagi ku bendung
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah
Ku harapkan rahmat Allah
Ku harapkan syafaat mu
Agar bisaku bersama mu
Oh Rasulullah..
Ku baca sirah mu
Ku hayati kata-kata mu
Betapa indah akhlak mu
Betapa erat ukhuwwah mu dan sahabat
Ku andaikan diriku
Berada disisi mu
Namun ku langsung terpana
Betapa hinanya aku disamping mu
Aku yang banyak berdosa
Mengharap maghfirah Allah
Aku malu pada mu
Duhai Rasulullah
Lukisan rindu pada mu
Penuh berwarna
Ya Rasulullah…..
Ya Allah....









Layakkah aku untuk syurgaMU Ya Allah,
:'(

nur shahira binti ngah a.k.a hurul ain