Tuesday 12 June 2012

akhawat tercinta

Assalamualaikum...


sem 4 sedang melabuhkan tirai..
sem 5 bakal melunjurkan kakinya..

pada sem ini,
byk halangan, kegembiraan dan kasih sayang yang alang dapat dr akhawat semua..
terima kasih kerana sudi menyayangi diri ini walau sebentar cuma.
kita masih boleh bergelak ketawa bersama.. itu yg menggembirakan alang..
namun kdg2 tak selalunya kegembiraan itu milik kita akhawat sumer...
kerana kdg2 Allah ingin menguji hati kita..
kuatkah? mampukah? 

ternyata kita sgt lemah untuk menerima ujian dlm hubungan ini..
hya kerana sedikit duri yg tertikam dging itu.. bisanya amat pedih kan akhawat?

walaupun begitu.. kita masih cuba untuk mgembalikan perasaan seperti dahulu kan???
ya.... alang harap sgt mcm tu..
sungguhhh... alang rindu gelak tawa yg jujur itu.
pesanan bila sdg bersedih..
pesanan bila bhgia..

Ya Allah... alang rindu semua itu.. along...angah...achik..adeq..
:(



untuk akhawat usrah,
terima kasih juga kerana sudi menunjukkan jalan yg pastinya sgt bersinar..
tahukah akhawat sekalian?
hubungan kita semestinya hubungan yang diredhai dan diberkati oleh-Nya..
kerana kita bersama untuk mencari cinta-NYA..
bersama akhawat juga kiamat itu seperti terbayang2..
alang tidak terleka dgn duniawi..
ilmu agama alang dapat..
sungguh... alang rindu bulatan bahagia itu ---> usrah

ukhwahfillah ya akhawat <3 <3 <3
semoga ketemu di syurgaNya..
ameeeeen....





sem akan datang,

alang tahu alang akan sibuk mengalahkan semut mencari rezeki di pagi hari..
alang tahu alang akan tension mcm manusia di dalam pejabat perdana menteri..
alang tahu alang akan selalu jdikan menu makan tghri + mlm+ tgh mlm alang "meggi"..
alang tahu alang akan byk menangis..
alang tahu alang akan byk mengeluh..mengadu..
alang tahu alang tak kuat..
alang tahu alang sgt lemah..
tapi alang tahu alang ade akhawat semua..
alang tahu ALLLAH sayangkan alang :))
itu alang tahu..

salam sayang dari alang untuk akhawat alang yang dirindui, dicintai dan semestinya disayangi..


p/s: maafkan alang andai diri alang selalu menjadi beban untuk akhawat semua.















uhibbukafillah <3
nur shahira ngah @ hurul ain

Friday 8 June 2012

andai itu yang terakhir :(

salamun alaik... buat semua blogger yg dirahmati oleh-Nya.
mudah mudahan.. ameennn..

alhamdulillah... tergerak hati alang nak meng-updet new entry ari ni..
semoga itu yang terbaik untuk alang..
usai solat dhuha td alang terpikir...
 mgkin ini adalah solat yang terakhir bt diri alang. apekah alang sudah cukupkan amalan alang selama ini?
semua alang pikir.. dosa2 alang.. kat ma.. abah.. abang.. kakak..adik beradik.. kat sahabat2 alang upsi ni.. rasanya terlalu byk salah silap alang kat mereka..
alang tahu alang byk bt silap..
mgkin ade seseorang yg selalu update blog alang n adik..
alang mintak maaf.. mgkin selama ini alang bkan lah seorang adik yang sempurna untuk seorang akhi ..
terlalu byk kehilafan yang mgkin alang buat tnpa alang sdari..
ampunkan alang andai Ilahi menjemput alang tanpa alang sempat memohon maaf dengan akhi.  
rindu untuk alang mendengar sebutan " Ya habibi Hurul ain "
mgkin sudah tak ada maknanya lg pda akhi..

ya... alang cuba lupakan semua bila alang berhampiran dengan akhi..
alang tak tahu kenapa begitu sukar untuk akhi senyum secebis cuma untuk alang..
terlalu bykkah dosa alang dengan akhi??
akhi... ingatlah... alang cuma manusia biasa yang x lepas dari kekhilafan.. alang bukanlah malaikat...
yang bersih dari segala noda..

maafkan alang...

bila alang teringat pd akhi dan akhawat yang lain..
alang minta pada Allah agar kembalikan hubungan kita seperti dahulu..
dan tetapkan hati2 kita seperti Allah jaga hubungan Rasulullah s.a.w dan para sahabat..
mereka sentiasa bersama dalam apa jua dugaan Allah berikan..
namun kita? 
mgkinkah doa alang akan termakbul?

hanya berharap padaMu ya Allah..

Ya Allah... sebelum Engkau mengambil nyawaku.. biarlah aku menuju kepadaMu dgn kemaafan dan redha dari semua...

Ya Allah..
Matikan lah aku dengan iman... hidupkanlah aku dengan iman... masukkanlah aku kedalam syurga dengan iman... 



semoga hubungan ini akan kekal hingga ke syurga..
insyaAllah..

tariklah alang andai selangkah lagi kaki alang ke neraka. 





kisah untuk alang kongsikan 


 satu kisah mengenai serang hamba Allah yang masuk syurga kerana bulu matanya...
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. 
“Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. 
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Maka ia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.” 
“Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, “Saya yang memandangi.” Disusul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.” Bibir mengaku, “Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang menghisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut.”
"Nah! Kalau aku biarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. 

Orang tersebut tidak dapat membantah lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, dia merasa bahawa dia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”
“Silakan”, kata malaikat. “Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Maka dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: “Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan sehelai bulu mata.”

Ya Allah, hanya kerana sehelai bulu matanya yang dibasahi air mata keinsafan, hamba itu boleh masuk ke syurgaMu.
Maka aku yakin, Engkau juga pasti memandang air mata ku yang mengalir ini...
Aku tidak ragu dan sangsi dengan Mu Ya Allah...
Aku yakin Engkau pasti menerima taubat ku Ya Allah...

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya Allah membuka tanganNya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada siang hari bertaubat dan Dia membuka tanganNya di siang hari supaya yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat. 
(Riwayat Muslim).


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seorang yang kehilangan bekal bersama untanya di sebuah padang yang tandus kemudian dia mendapatkannya kembali unta itu. 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


 



inginkan JannahMu ya Allah <3
nur shahira 
hurul ain






assalamuaalaikum...