Sunday 15 January 2012

sedikit perkongsian :)

Assalamualaikum...
olaa...
:))


Hari ni just nak berkongsi sedikit santapan rohani dgn sume..
oke..selamat membaca :)

SANTAPAN AKAL..

Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoncang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah swt...

"wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoncang?" Tanya para malaikat.

"kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?" Tanya para malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.


Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah swt.

Paku merupakan benda keras yang diperbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah, Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelhkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api,Ya Rab?" Tanya malaikat lagi.

"Ada!" Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.


"Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" sambung malaikat.


"Ada! iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus." Jawab Allah lagi.


"Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunug, api, air, angin)?" Malaikat bertanya lagi.


"Ada! iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya D O A itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah swt menjelaskan.








so, moral of da story...
selalu la berdoa pada Sang Pencipta..
kerana sesungguhnya Doa itu senjata orang mukmin :)




DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka.”


















change to better :)
H A N S